KELEBIHAN MEMBELI KERETA SAMBUNG BAYAR

 

KELEBIHAN MEMBELI KERETA SAMBUNG BAYAR


Ramai yang masih tidak paham urusan jual beli kereta sambung bayar yang kami jalankan. Ini kerana kebanyakan mereka menganggap urusan jual beli untuk memiliki kereta sambung bayar berisiko kepada mereka di masa akan datang.

Sebenarnya urusan jual beli kereta sambung bayar perlu melalui syarikat kerana ia lebih selamat dan telus jika dibandingkan dengan urusan jual beli secara terus antara pembeli (pemilik baru) dan penjual (pemilik asal kenderaan). Ini kerana segala urusan jual beli melalui syarikat mempunyai dokumen jual beli beserta perjanjian sah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak siap serta disahkan dengan urusan matikan stem.

Banyak kes dari panggilan dan aduan yang kami terima berlaku apabila urusan jual beli secara terus antara pemilik baru dan pemilik lama yang berurusan  tanpa dokumen dan perjanjian yang sah. Apabila tiada dokumen perjanjian jual beli yang sah, sudah pasti urusan jual beli akan menjadi berat sebelah dan salah seorang daripada penjual atau pembeli akan menjadi mangsa keadaan di masa akan datang.

Seperti contoh apabila penjual (pemilik lama) yang dalam keadaan terdesak ingin menjual kereta mereka kerana sudah tidak mampu membayar installment bulanan kepada bank. Apabila sudah lebih 3 bulan sudah tentu kenderaan mereka bakal ditarik oleh pihak bank dan penama atas geran kenderaan tersebut akan disenarai hitam oleh pihak bank. Apabila berlaku tunggakan demi tunggakan, sudah pasti nama pemilik kenderaan akan disenarai hitam dan akan diisytihar sebagai muflis/bangkrap jika tunggakan pinjaman kenderaan mereka lebih dari nilai RM50,000. Bagi menyelamatkan nama dari disenarai hitam, mereka akan melepaskan kenderaan tersebut dengan harga murah tanpa ada dokumen jual beli lengkap kepada pemilik baru.

Apabila pemilk baru sudah dapat kereta tersebut mereka akan fikir kenderaan tersebut milik mereka selamanya. Mereka lupa urusan jual beli tersebut tiada perjanjian sah. Setelah mereka sudah bayar duit bulanan hingga hutang kenderaan hampir selesai, tiba tiba pemilik asal merampas semula kenderaan mereka. Ini kerana kenderaan tersebut masih milik mereka dan sudah pasti berlaku penindasan pada pemilik baru. Sudahnya kereta tidak dapat, duit pun hangus.

Sudah pasti berlaku penindasan kepada pemilik baru dalam situasi begini. Jangan lupa, pemilik asal juga boleh menjadi mangsa keadaan apabila berlaku keadaan sebaliknya.

Disebabkan urusan jual beli yang tidak lengkap ini, ia juga boleh mendatangkan musibah kepada pemilik asal. Apabila kereta sudah dijual mereka tidak pasti adakah pemilik baru itu akan membayar pinjaman kereta mereka sehingga habis di bank?

Ada kes dimana pemilik baru tidak membayar pinjaman bulanan di bank dan menyebabkan kereta tersebut di kehendaki oleh pihak bank. Oleh kerana pemilik asal kenderaan tidak dapat mendapatkan semula kenderaan mereka sudah pasti mereka sendiri perlu membayar hutang pinjaman tersebut. Sudahnya mereka tetap membayar hutang bank dengan kenderaan yang tiada bersama mereka. Jika tidak, sudah pasti nama mereka akan disenarai hitam oleh pihak bank jika tidak membayar baki hutang tersebut. Lebih malang lagi apabila kenderaan mereka telah dileraikan dan dijual komponen kepada pihak lain. Sudah tentu pemilik asal pula menjadi mangsa keadaan.

Oleh itu kepada mereka yang ingin menjual serta memiliki kenderaan sambung bayar perlulah berurusan terus kepada syarikat kami sebagai pihak ketiga. Ia lebih selamat dan telus bagi semua pihak. Jika tidak pemilik kenderaan mewah sudah pasti tidak menjual kenderaan mereka kepada pihak kami untuk dijual sambung bayar kepada pemilik baru. Lihat sahaja jenama kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Maclaren, BMW, Mercedes Benz dan lain lain jenama yang mempunyai bayaran bulanan sehingga ada lebih rm20,000 dan ia amat berisiko tinggi jika berlakunya keadaan sebegini.


LAIN LAIN KELEBIHAN MEMBELI KERETA SAMBUNG BAYAR


1.Boleh tukar kereta pada bila bila masa

Kereta sambung bayar ini tidak boleh disamakan dengan pembelian kereta melalui pinjaman bank samada kereta baru, recond atau terpakai. Apabila nama kita digunakan untuk membeli kereta melalui pinjaman loan bank sudah pasti kita tidak boleh jual semula kereta tersebut pada bila bila masa kecuali apabila hutang di bank sudah selesai. Ini kerana perjanjian pinjaman di bank perlu diselesaikan tanpa sebarang masalah sebelum menjual semula kenderaan tersebut. Bagi pemilik baru, mereka juga boleh menjual kereta mereka kepada pihak syarikat jika terdesak untuk mendapatkan wang tunai tanpa sebarang masalah.


2.Nama tidak disenarai CCRIS

Apabila membeli kereta sambung bayar, pemilik baru tidak perlu untuk membuat pinjaman baru di bank. Mereka hanya perlu bayar duit pendahuluan mengikut model kereta dan hanya buat bayaran di bank pada bulan berikutnya mengikut perjanjian asal hutang bank pemilik lama sehingga langsai. Sudah pasti nama pemilik terbaru tidak disenarai dalam sistem CCRIS dan mereka boleh buat pinjaman yang lebih penting termasuk pinjaman rumah di masa akan datang.


3. Semua Individu/syarikat layak membeli

Secara umumnya apabila seseorang ingin membeli kereta, sudah pasti bank akan menilai penyata/rekod kewangan individu tersebut. Apabila seseorang itu sudah diistihar bankrup, atau sudah disenarai hitam oleh sistem CCRIS/CTOS maka secara automatik mereka tidak layak untuk memohon pinjaman bank. Untuk urusan kereta sambung bayar semua orang layak membeli termasuk bangsa asing. Hanya perlu bayar duit pendahuluan seterusnya bayar bulanan kereta di bank dan tukar nama di geran seperti biasa setelah langsai segala hutang pinjaman.


4.Urusan yang mudah dan pantas.

Masa yang diperlukan untuk membeli kereta sambung bayar adalah mudah dan pantas. Ini kerana mereka tidak perlu berurusan dengan pihak bank. Kita sedia maklum bahawa bank memerlukan masa 3-7 hari berkerja atau lebih bagi mengesahkan permohonan pinjaman seseorang itu samada layak atau tidak. Untuk urusan jual beli kereta sambung bayar, pembeli baru hanya  perlu berurusan dengan pihak syarikat hanya dalam beberapa minit sahaja. Sudah pasti ia mudah dan cepat tanpa melibatkan penjamin atau orang ketiga.


7. Kenderaan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kereta terpakai

Kereta yang dijual untuk sambung bayar biasanya masih baru dan kebanyakan masih berusia bawah 5 tahun. Ia jauh berbeza dengan kereta terpakai sehingga ada yang sudah lebih 10 tahun. Lebih malang lagi bila kenderaan terpakai dimana kenderaan tersebut sudah distihar total lost serta dibaiki semula dan dijual semula sebagai kereta terpakai. Sudah pasti ia membawa masalah kepada pemilik baru. Kereta sambung bayar tidak begitu. Kebanyakan kereta masih baru dan ada yang masih dibawah jaminan pengeluar. Sudah pasti kos penyelanggaraan dapat dijimatkan dan duit dapat disimpan atau dilaburkan ke tempat lain.


Boleh hubungi pihak kami terus untuk jual beli kenderaan anda dengan lebih telus dan selamat. Boleh call 📞 CALL 011-11514858 Fadzlee

@

WhatsApp direct link http://keretasambungbyar.wasap.my   

easyfastcar

Anda ingin memeiliki kereta idaman/impian tapi ada masalah?? Kami menyelesaikan masalah kepada individu yang ingin membeli kereta dan mengalami masalah untuk membuat pinjaman dengan bank

No comments:

Post a Comment